PUTRAJAYA: Beberapa sungai utama di empat negeri yang mencatatkan peningkatan paras air selepas hujan lebat sejak semalam, kini dilaporkan berada pada paras selamat.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata status terkini itu adalah hasil pemantauan yang dijalankan anggota JBPM di kawasan terbabit semalam.
"(Hasil) pemantauan terhadap sungai-sungai terbabit mendapati paras air masih dalam keadaan memuaskan. Kenaikan paras air ini hanya untuk sementara.
"Bagaimanapun pemantauan termasuk melalui udara akan diteruskan oleh JBPM dan pihak polis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Sukan Negara 2022 peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan paras air beberapa sungai utama di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Johor mencatatkan trend menaik akibat hujan lebat pada Jumaat.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi laman sosial rasminya malam tadi turut memaklumkan paras air di Lembangan Sungai Buloh, Sublembangan Sungai Buloh dan Stesen Sungai Buloh di Paya Jaras berada di paras bahaya, serta menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan situasi tidak dapat dijangka.
Mengenai tahap siap siaga JBPM dalam menghadapi banjir susulan fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hujung tahun ini, Mohammad Hamdan berkata jabatan itu mempunyai kekuatan 12,500 anggota di 332 balai JBPM seluruh negara yang akan terlibat dalam operasi menyelamat.
"Anggota ini adalah mereka yang bertugas di balai untuk hadapi sebarang insiden kecemasan termasuk banjir yang akan dibantu kira-kira 14,000 bomba sukarela dan bomba komuniti," katanya.
Beliau berkata sekiranya berlaku kekurangan anggota jabatan itu di kawasan bencana, anggota dari negeri lain akan diarahkan ke lokasi terbabit.
"Selain menggerakkan anggota, cuti juga akan dibekukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Semalam dilaporkan paras air beberapa sungai utama di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Johor mencatatkan trend menaik akibat hujan lebat pada Jumaat.- Gambar hiasan/BERNAMA
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Sungai utama di 4 negeri berada pada paras selamat - JBPM
Beberapa sungai utama di empat negeri yang mencatatkan peningkatan paras air selepas hujan lebat sejak semalam, kini dilaporkan berada pada paras selamat.