Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1441H/2020M secara berperingkat mulai Selasa ini.
Pengurus Besar Kanan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata TH memasukkan senarai nama mereka yang terpilih ke dalam sistem TH mulai tengah malam tadi bagi membolehkan urusan penawaran surat dijalankan.
“Apabila kita mengeluarkan surat tawaran ini, kita beri tempoh kepada mereka selama 30 hari untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran itu, dan dari tarikh tutup tersebut kita dapat mengetahui berapa ramai yang tolak atau tunda pemergian haji.
"Kita juga akan dapat kenal pasti jumlah kekosongan yang ada," katanya kepada Bernama.
Syed Saleh, yang juga Ketua Rombongan Haji, menjadi tetamu program bual bicara ‘Malam Ini’ terbitan Bernama Radio dan program Ruang Bicara siaran Bernama TV yang membicarakan tentang 'Pengurusan Haji : Cabaran Masa Kini' malam tadi.
Beliau berkata kekosongan berkenaan akan diisi oleh pendeposit TH yang telah mendaftar haji dan membuat rayuan untuk menunaikan Rukun Islam kelima, dengan pemilihan dilakukan berpandukan merit-merit tertentu seperti merit rayuan mahram dan rayuan lanjut usia.
"Sebagai contoh, isteri terpilih tetapi suami tidak terpilih maka suami boleh membuat rayuan untuk pergi bersama isteri dan sebaliknya. Keadaan sebegini akan diberi keutamaan, mereka yang sudah lanjut usia juga boleh membuat rayuan supaya kita dapat mempertimbangkan permohonan jika ada kekosongan.
“Rayuan juga terbuka kepada mereka yang sudah berdaftar lama. Contohnya, sebelum ni dapat tawaran tetapi terpaksa tolak atas sebab tertentu seperti kekangan kewangan, kesihatan dan sebagainya. Keutamaan diberi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah itu buat kali pertama,” katanya.
Syed Saleh berkata mulai tahun ini, TH memperkenalkan borang rayuan haji yang boleh didapati di laman web TH atau pejabat-pejabat cawangan TH bagi mereka yang ingin mengemukakan permohonan rayuan haji.
Katanya borang itu perlu diisi oleh setiap individu yang ingin menunaikan haji bagi membolehkan TH mengenal pasti mereka yang mencukupi syarat.
Menjelaskan bahawa TH telah menerima 100,000 surat rayuan sejak selepas berakhirnya musim haji lepas, beliau berkata mereka yang membuat surat rayuan berkenaan masih perlu mengisi borang rayuan haji.
Lebih ramai umat Islam di Malaysia berpeluang menunaikan haji tahun ini susulan kenaikan kuota rasmi negara kepada 31,600 jemaah, iaitu peningkatan 1,400 orang berbanding 30,200 jemaah tahun lepas.
Pertambahan itu adalah hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya TH dengan kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring dengan peningkatan jumlah penduduk negara ini.
Mengenai persediaan TH untuk memastikan keselamatan bakal jemaah berikutan penularan pelbagai jenis virus masa kini, Syed Saleh berkata institusi itu sentiasa berpandukan nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berbekalkan pengalaman sebelum ini seperti penularan wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan Influenza A (H1N1), beliau berkata ia memberi TH persediaan untuk mengendalikan sebarang situasi dengan lebih baik dan bakal jemaah juga akan dinasihatkan mengambil suntikan tambahan sekiranya perlu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020
Syed Saleh berkata, mulai tahun ini, TH memperkenalkan borang rayuan haji yang boleh didapati di laman web TH atau pejabat-pejabat cawangan TH bagi mereka yang ingin mengemukakan permohonan rayuan haji. --fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000
Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.
Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA
Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyuarakan rasa kesal dengan berita mengenai kira-kira 380 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
TH Johor gerakkan pasukan cari baki 20 peratus penerima tawaran panggilan haji
Tabung Haji (TH) Johor akan menggerakkan dua pasukan bagi mencari baki 20 peratus penerima terpilih tawaran panggilan haji tahun ini.
Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon agar bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagai menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan.
Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat
TH memasukkan senarai nama mereka yang terpilih ke dalam sistem TH mulai tengah malam tadi bagi membolehkan urusan penawaran surat dijalankan.