BATU PAHAT: Surau Ar Raudah, Parit Bangas Sri Medan, dekat sini menjadi tempat ibadat kedua di daerah ini selepas Masjid Kampung Parit Simis Darat yang terbakar Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata kejadian yang berlaku malam tadi bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Beliau berkata anggota polis dari Balai Polis Sri Medan bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian lebih kurang 11.55 malam.
"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku lebih kurang 10 malam dan disedari seorang penduduk tempatan yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
"Dengan bantuan penduduk berhampiran kebakaran berjaya dipadamkan 15 minit kemudian dan hasil pemeriksaan didapati sebahagian daripada karpet, dua penyaman udara, perabot serta pendawaian elektrik telah musnah.
"Pasukan forensik bomba turut hadir di tempat kejadian untuk membantu siasatan. Ini merupakan kebakaran kali kedua berturut-turut melibatkan masjid dan surau kawasan Seri Medan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
"Sehubungan kejadian ini juga, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau Ketua Polis Balai, Balai Polis Seri Medan di talian 07-4850222," katanya.
Sebelum itu, pada Ahad (14 Jan), Masjid Kampung Parit Simis Darat terbakar kira-kira10.50 malam dengan keadaan 50 peratus musnah serta memusnahkan sebahagian karpet, sejadah, penyaman udara dan mimbar masjid.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid menerusi laman Facebook rasminya berkata Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membantu dari segi kewangan bagi menampung kos baik pulih.
Katanya, derma orang ramai juga diharapkan bagi membantu menyegerakan proses baik pulih berkenaan, dan turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan kerana sudah menggerakkan inisiatif mengumpul sumbangan.
"Syukur kedua-dua kejadian ini tidak melibatkan kecederaan kepada orang kampung...jika ia perbuatan khianat, semoga yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Ismail berkata kejadian yang berlaku malam tadi bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. -Gambar fail/Bernama
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Surau Ar Raudah Batu Pahat terbakar selepas Masjid Kampung Parit Simis Darat
Surau Ar Raudah, Parit Bangas Sri Medan, dekat sini menjadi tempat ibadat kedua di daerah ini selepas Masjid Kampung Parit Simis Darat yang terbakar Ahad lepas.