awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surau Nurul Haq terima sumbangan RM15,000 daripada Ahli Parlimen Kulai

Bernama
Bernama
06/09/2025
14:30 MYT
Surau Nurul Haq terima sumbangan RM15,000 daripada Ahli Parlimen Kulai
Teo menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 kepada Pengerusi Surau Nurul Haq Kampung Sungai Sayong 1 Mohd Anuar Repan (lima, kanan), hari ini. - Gambar Bernama
KULAI: Surau Nurul Haq Kampung Sungai Sayong 1 hari ini menerima sumbangan RM15,000 daripada Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, susulan insiden van jenazah milik surau itu yang dicuri dan remuk teruk akibat kemalangan pada Khamis lepas.
Pengerusi surau Mohd Anuar Repan berkata sumbangan bermakna itu sedikit sebanyak dapat membantu usaha mereka untuk mendapatkan kenderaan baharu memandangkan ia satu-satunya van jenazah yang dimiliki surau berkenaan.
"Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan ini yang dapat kami gunakan untuk membeli van jenazah baharu untuk kegunaan masyarakat di sini," katanya selepas majlis penyerahan cek cura di Surau Nurul Haq Kampung Sungai Sayong 1, di sini hari ini.
Van berkenaan diperoleh daripada sebuah jabatan pada Disember tahun lepas, melalui proses pelupusan harta dan belum sempat digunakan untuk pengendalian jenazah.
Sementara itu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata sebuah syarikat QR Oyes Sdn Bhd dari daerah tersebut turut menghulurkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada pengurusan surau.
"Saya terbaca laporan berita, surau ini difahamkan amat memerlukan sebuah van jenazah (baharu) selepas ia dicuri dan terlibat dalam kemalangan.
"Justeru, saya telah meluluskan peruntukan dan pada masa sama sebuah syarikat tampil beri bantuan. Saya harap dengan jumlah keseluruhan bantuan RM20,000 ini dapat membantu mereka," katanya.
Pada Khamis lepas, Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee dilaporkan berkata van jenazah jenis Toyota Hiace itu dipercayai dicuri di surau berkenaan oleh suspek berusia 21 tahun antara 1 hingga 2 pagi.
Bagaimanapun, beliau berkata lelaki terbabit kemudian terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika melarikan van itu kira-kira 2.30 pagi di Jalan Skudai, di sini.
Suspek hanya mengalami kecederaan ringan pada muka dan kaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#van jenazah
#kemalangan
#kecederaan ringan
#pelupusan harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan