awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah cedera ditimpa basikal dibuang dari tingkat 12 rumah pangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2025
07:40 MYT
Suri rumah cedera ditimpa basikal dibuang dari tingkat 12 rumah pangsa
Azuraini ketika ditemui di rumahnya di PPR Hiliran, Kuala Terengganu pada Rabu. Gambar kecil: Basikal dibuang dari tingkat 12.
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah cedera di kepala selepas ditimpa sebuah basikal yang dibuang dari tingkat 12 dalam kejadian di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini, pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Azuraini Yazid cedera di kepala selepas ditimpa basikal yang dibuang dari tingkat 12 di PPR Padang Hiliran.
  • Suami mangsa, Jusri Ibrahim, berkata isterinya telah dihantar ke hospital dan menerima lima jahitan di kepala.
  • Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membuang basikal tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Azuraini Yazid, 43, yang tinggal di tingkat sembilan, sedang dalam perjalanan membuang sampah sebelum rebah akibat hentaman kuat basikal berkenaan.
Suami mangsa, Jusri Ibrahim, 48, berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya yang memaklumkan isterinya cedera sebelum segera bergegas pulang.
"Sebaik tiba, saya lihat isteri sudah terbaring dengan kepala berlumuran darah.
"Basikal itu jatuh betul-betul di atas kepalanya. Nasib baik orang ramai segera membantu dan menghubungi ambulans," katanya ketika ditemui pada Rabu.
Jusri yang bekerja sebagai pemandu berkata, isterinya telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan menerima lima jahitan di kepala.
"Alhamdulillah, keadaannya kini stabil. Kami juga sudah berjumpa dengan pemilik basikal itu, dia memaklumkan bahawa basikal anaknya telah dibuang oleh individu lain," katanya yang telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Katanya, siasatan sedang dijalankan dan pihaknya telah mengambil keterangan pemilik basikal yang mendakwa ia dibuang oleh individu tidak dikenali.
"Polis kini sedang mengumpul maklumat bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Menurut beliau, mangsa telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan dan siasatan akan diteruskan bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.
"Perbuatan membuang objek dari tempat tinggi adalah sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#basikal
#dibuang dari tingkat 12
#PPR Padang Hiliran
#Azuraini Yazid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan