KOTA BHARU: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dakwaan menggunakan lambang datuk palsu pada kenderaan, Jun tahun lalu.
Tertuduh, Suraya Ibrahim, 57, didakwa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan lambang bertulis Ahli-ahli Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf dengan meletakkan pada dua kereta yang digunakan iaitu sebuah Mercedez dan BMW di Kampung Bawah Lembah, Bunut Payong, di sini, pada 25 Jun 2022.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5B (5) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (mencegah daripada salah guna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/1977) yang memperuntukkan denda minimum RM50,000 dan penjara minimum tiga tahun jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala teruduh diwakili peguam bela, Muhammad Yusoff Abdullah.
Pada prosiding itu, Abu Arsalnaa menawarkan jaminan RM70,000, namun Muhammad Yusoff memohon jaminan itu dikurangkan dengan mengambil kira tertuduh seorang wanita yang tidak bekerja dan hanya ditanggung oleh anak-anaknya.
“Jumlah yang ditawarkan terlalu tinggi dan dibimbangi tidak dapat dibayar oleh tertuduh.
“Tertuduh juga menghidap darah tinggi dan kerap pitam jika tertekan. Sekalipun kesalahan itu dilakukan, tertuduh tidak menjejaskan orang lain,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan ditahan di sebuah rumah di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 13 Julai tahun lalu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 02 2023

Suraya (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Peruncit diingatkan jangan sorok, letak syarat beli gula
Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.