MALAYSIA
Suri rumah didakwa muat naik komen jelik terhadap Agong

Ibu kepada enam anak itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang suri rumah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook.
Ringkasan AI
- Seorang suri rumah, Suhaila Abd Halim, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui akaun Facebook, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan; sebutan semula kes ditetapkan pada 17 September 2025.
- Tertuduh merayu agar jaminan dikurangkan atas alasan kewangan, namun rayuan ditolak; kes ini dikendalikan oleh pendakwa dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Suhaila yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan dikurangkan kepada RM500 atas alasan hanya suaminya sahaja bekerja bagi menanggung keluarga.
Hakim Norazlin Othman membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah juga menetapkan 17 Sept depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami