awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada

Bernama
Bernama
12/11/2023
06:03 MYT
Suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada
Mayat mangsa, Tan See Jie ditemukan ibu saudaranya, Lim Geok Leng, 65, dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik mandi rumah tersebut pada kira-kira 3.30 petang Sabtu.- Gambar hiasan
MELAKA: Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman senjata tajam di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat mangsa, Tan See Jie, 34, ditemukan ibu saudaranya, Lim Geok Leng, 65, dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik mandi rumah tersebut pada kira-kira 3.30 petang.
"Siasatan awal mendapati mangsa maut dengan terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri berkedalaman antara 2 hingga 3 sentimeter (sm). Sebilah pisau juga ditemukan masih terpacak di dada kiri mangsa.
"Semasa kejadian wanita itu hanya tinggal bersama ibu saudara dan anak lelakinya berumur 7 tahun, manakala suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Christopher berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan dan pintu belakang.
Beliau berkata pemeriksaan di kawasan sekeliling dan dalam rumah juga mendapati tiada kesan geledah atau kesan selerak.
"Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan mayat diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat pada hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suri Rumah
#ditikam
#mati dibunuh
#CCTV
#Polis Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan