awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah jana pendapatan hingga RM30,000 menerusi e-Usahawan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
26/11/2017
12:20 MYT
Suri rumah jana pendapatan hingga RM30,000 menerusi e-Usahawan
Menerusi kempen #YouCanDuit Siti Nor Hanir mampu merubah nasib dan meningkatkan pendapatan bulanan sekali gus meluaskan pasaran rekaan beg tangannya.
Seorang suri rumah sepenuh masa tidak menyangka bakat menjahit dan mereka beg tangan untuk dijual menerusi media sosial Facebook berjaya merubah pendapatan diri serta keluarga.
Dengan hanya meraih RM1,000 sebulan, Siti Nor Hanir Zanar Misro, 44, kini boleh tersenyum apabila pendapatan bulanan menjual produk itu mampu mencecah RM30,000.
Bukan setakat itu, rekaan dan jahitan beg tangan yang kemas berjaya menarik perhatian bukan sahaja peminat tempatan tetapi turut mendapat permintaan luar negara seperti Brunei Darussalam.
Namun, semua kejayaan dan pendapatan ribuan ringgit itu tidak akan tercapai tanpa bantuan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi kempen #YouCanDuit, Siti Nor Hanir mencuba nasib dengan menyertai platform e-Usahawan itu.
Bermula dengan minat pada tahun 2013, ibu kepada enam orang anak ini mula memberanikan diri untuk terus berkecimpung dalam dunia perniagaan pada 2016 dan seterusnya mengiklankan beg tangan hasil jahitannya di laman Facebooknya.
Bukan sekadar menjual beg tangan, malah wanita ini turut menjual aksesori-aksesori untuk membuat beg tangan.
"Saya mengetahui mengenai program e-Usahawan melalui Facebook dan telah pergi mendapatkan latihan selama satu hari di Cyberjaya.
"Di sana saya telah diberi latihan yang mendalam mengenai cara menggunakan pengiklanan Facebook, pemasaran melalui Instagram, copyrighting dan banyak lagi,” katanya.
Siti Nor Hanir ditemui pada kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan.
Kini beliau mampu menjana pendapatan hampir 30 ribu ringgit sebulan dan perniagaannya kini telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Menariknya, Siti mengusahakan perniagaannya ini tanpa bantuan pekerja kerana beliau khuatir kualiti yang dihasilkan tidak menepati cita rasanya.
Beliau dan suaminya kini merancang untuk membangunkan laman web khas bagi memudahkan pelanggan untuk menempah dan membeli beg tangan jenamanya ini.
Kempen ketujuh ini merupakan penutup tirai bagi edisi 2017 sebelum diteruskan pada tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Brunei
#e-usahawan
#ekonomi
#Facebook
#Instagram
#Islam
#keluarga
#MDEC
#Negeri Sembilan
#nilai
#pendapatan
#ringgit
#Suri Rumah
#YouCanDuit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan