awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud

Bernama
Bernama
27/05/2025
05:22 MYT
Suri rumah rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud
Mangsa diminta membuat bayaran permulaan RM100 dan kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang menjanjikan komisen tinggi, sebelum membuat 28 transaksi ke 10 akaun bank berbeza. - Gambar hiasan
DUNGUN: Seorang suri rumah kerugian RM112,206 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud dalam talian, minggu lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang suri rumah berusia 27 tahun kerugian RM112,206 selepas terpedaya dengan iklan kerja palsu di Facebook yang kononnya ditawarkan oleh sebuah syarikat kraf tangan.
  • Mangsa diminta membuat bayaran permulaan RM100 dan kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang menjanjikan komisen tinggi, sebelum membuat 28 transaksi ke 10 akaun bank berbeza.
  • Mangsa menyedari ditipu selepas suspek enggan memulangkan wang dengan alasan akaun syarikat dibekukan; kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya melihat iklan tawaran kerja oleh sebuah syarikat kraf tangan di laman sosial Facebook pada 19 Mei.
Beliau berkata mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan memberikan maklumat peribadi untuk tujuan pendaftaran sebelum diminta membuat bayaran RM100 sebagai permulaan tugasan pelaburan.
"Selepas itu, mangsa dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang menawarkan komisen besar untuk satu-satu tugasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Maizura berkata suri rumah itu telah membuat 28 transaksi wang ke 10 akaun bank berbeza berjumlah RM112,206 menggunakan wang simpanannya, sebelum menyedari ditipu setelah suspek enggan membuat pembayaran balik dengan alasan akaun syarikat dibekukan.
"Mangsa membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#penipuan kerja tidak wujud
#Suri Rumah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami