Skip to main content

Malaysia

Suri rumah rugi lebih RM100,000 ditipu pelaburan tidak wujud di Facebook

61734687796_TBSCAMFACEBOOK.jpg
Modus operandi sindiket skim berkenaan adalah dengan menawarkan mangsa pakej pelaburan serendah RM300 dan dijanjikan pulangan sebanyak RM15,000 dalam tempoh dua jam. - Gambar hiasan
Advertisement

KOTA TINGGI: Seorang suri rumah  kerugian RM119,599 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi skim yang diiklankan di Facebook, 19 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata modus operandi sindiket skim berkenaan adalah dengan menawarkan mangsa pakej pelaburan serendah RM300 dan dijanjikan pulangan sebanyak RM15,000 dalam tempoh dua jam.

"Mangsa berusia 58 itu kemudiannya telah melakukan lapan transaksi ke akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan mencecah RM119,599 bermula 19 hingga Khamis lepas bagi mendapatkan pulangan keuntungan pelaburan yang kemudian telah disekat," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Yusof berkata mangsa menyedari telah ditipu apabila tidak menerima pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan selepas membuat beberapa pembayaran.

Beliau berkata mangsa telah membuat laporan pada Jumaat lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement