awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suriani Ahmad mula tugas sebagai KSU KKMM

Bernama
Bernama
01/07/2019
03:06 MYT
Suriani Ahmad mula tugas sebagai KSU KKMM
Suriani mengetip kad perakam waktu semasa memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang baharu berkuat kuasa Isnin. - Gambar BERNAMA
Datuk Suriani Ahmad memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Suriani, 50, sebelum ini merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada November 2017.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sepanjang perkhidmatan, Suriani juga pernah menjawat jawatan penting di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pertahanan.
Terdahulu, Suriani tiba kira-kira pukul 8.30 pagi mengetip kad perakam waktu di lobi KKMM di sini.
Beliau selepas itu mengadakan taklimat bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Suriani dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo di Angkasapuri, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.20 pagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#intan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Suriani Ahmad
#Suriani Ahmad mula tugas sebagai KSU KKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan