awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tenaga bentuk Pasukan Petugas Khas pantau bekalan elektrik di Sabah

Bernama
Bernama
23/05/2023
13:38 MYT
Suruhanjaya Tenaga bentuk Pasukan Petugas Khas pantau bekalan elektrik di Sabah
Razib berkata pembentukan pasukan petugas khas itu adalah salah satu usaha untuk meningkatkan jidar simpanan bekalan tenaga elektrik di negeri itu ke tahap yang telah ditetapkan. - Gambar fail/Astro AWANI
PENAMPANG: Suruhanjaya Tenaga (ST) akan menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas khusus untuk memantau dan mengkoordinasi operasi bekalan tenaga elektrik di Sabah esok.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Datuk Abdul Razib Dawood berkata pasukan itu akan dipengerusikan oleh pihak ST yang dianggotai oleh ahli-ahli dalam jawatankuasa kanun negeri dan Labuan iaitu Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB), Petronas serta agensi lain yang berkaitan.
"Pasukan petugas khas ini akan memantau setiap hari operasi (bekalan elektrik), 24 jam sehari, memantau keseimbangan permintaan dan pengeluaran (elektrik) jidar simpanan bagi memastikan bekalan elektrik stabil dan berterusan kepada pelanggan," katanya pada sidang media di Pusat Agihan Elektrik SESB di sini hari ini.
Razib berkata pembentukan pasukan petugas khas itu adalah salah satu usaha untuk meningkatkan jidar simpanan bekalan tenaga elektrik di negeri itu ke tahap yang telah ditetapkan.
Beliau berkata antara punca penurunan jidar simpanan elektrik di negeri ini adalah penggunaan tenaga elektrik pada waktu puncak iaitu antara pukul 11 pagi hingga 3 petang dan pukul 7 hingga 9 malam.
Justeru insentif bagi penggunaan generator oleh pengguna atau pelanggan pada waktu-waktu puncak akan ditambah baik berdasarkan skim yang telah ditetapkan oleh SESB.
"Bagi yang tidak ada generator, mereka digalakkan untuk beroperasi di luar waktu kemuncak dan kita akan beri insentif seperti pemberian diskaun tapi perkara itu akan diperincikan esok di dalam pasukan petugas khas, kalau dipersetujui, kita akan muktamadkan secepat mungkin untuk elakkan catuan elektrik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tenaga
#SESB
#Petronas
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan