awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tenaga tiada kuasa tambah kuota CGPP

Bernama
Bernama
10/04/2023
21:15 MYT
Suruhanjaya Tenaga tiada kuasa tambah kuota CGPP
Menurut Suruhankaya Tenaga, susulan pengumuman kuota oleh menteri, terdapat aspek penambahbaikan lanjut berkaitan garis panduan kepada ST oleh menteri untuk dilaksanakan. - Gambar fail/ST
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri atau sebelah pihak bagi meningkatkan kuota dan/atau membuat perubahan kepada sebarang hala tuju dasar berkaitan dengan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP).
Sehubungan itu, ST menjelaskan bahawa aspek berkaitan hala tuju dasar serta arahan adalah di bawah bidang kuasa menteri bertanggungjawab dan kuasa menambah kuota kepada 800 megawatt (MW) daripada 600MW adalah di bawah Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad yang telah mengumumkan perkara tersebut.
"Menteri telah mengumumkannya ketika berucap pada 9 Mac lepas sewaktu pelancaran Malaysia Energy Transition Outlook.
"Beliau turut mengumumkan garis masa bagi pengambilan kuota tambahan 800MW adalah seawal akhir tahun ini atau sehingga peruntukan penuh kuota berdasarkan permohonan yang berjaya," katanya.
Kenyataan ST itu sebagai maklum balas terhadap pengumuman garis panduan terkini mengenai CGPP pada 7 April dan laporan media pada 8 April, 2023.
Menurutnya, susulan pengumuman kuota oleh menteri, terdapat aspek penambahbaikan lanjut berkaitan garis panduan kepada ST oleh menteri untuk dilaksanakan.
"Berpandukan penambahbaikan terbabit, lanjutan tempoh serahan permohonan adalah untuk memberi masa mencukupi bagi pengeluar tenaga solar serta pengguna korporat memahami garis panduan terkini serta membuat apa-apa perubahan sewajarnya dalam permohonan masing-masing.
"Kami mengambil peluang ini untuk mengingatkan pemohon bahawa permohonan mereka hanya boleh diterima pada atau selepas jam 10 pagi pada 9 Mei, 2023 dan bukan sebelumnya," katanya.
ST berkata pihak yang tidak mematuhi ketetapan itu akan diminta menyerah semula permohonan masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Tenaga Hijau Korporat
#Menteri Sumber Asli Tenaga dan Perubahan Iklim
#kuota CGPP
#garis panduan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan