SUBANG JAYA: Sekali pandang hidangan ini kelihatan seperti sushi biasa, namun apabila diteliti, keunikan terletak pada intinya yang serupa dengan makanan tradisi nasi lemak.
Peniaga Mohd Syauqi Mustapa, 42, berkata idea untuk menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia dengan meletakkan inti seperti sambal, ikan bilis, kacang dan telur rebus itu, tercetus atas permintaan pelanggan.
"Pada mulanya saya menjual sushi dan juga nasi lemak bungkus daun pisang di gerai.
"Mungkin sebab letak kedua makanan bersebelahan, ramai minta kami jual sushi mengikut 'tekak' (selera) Malaysia ini," katanya ketika ditemui pada Karnival Nasi Lemak Murai.my berlangsung di pasar raya Mydin di sini hari ini.
Mohd Syauqi yang mula memperkenalkan hidangan itu pada Mac tahun ini berkata hidangan tersebut mempunyai lima variasi sambal dan jenis sushi berbeza termasuk sambal tumis udang, ikan bilis dan rendang dengan harga antara RM1.20 hingga RM2.50.
Beliau berkata makanan tersebut mendapat sambutan hangat pelanggan dan mampu dijual sekitar 1,500 unit sehari di tiga gerai dan sebuah restoran dinamakan Zara Sushi dan Nasi Lemak, terletak di sekitar ibu negara antaranya di Dataran Pandan Prima dan Setapak Jaya.
Sementara itu, penganjur acara Shahful Shaffiq Mohd Salleh berkata program sehari bermula 9 pagi hingga 5 petang itu, mengumpulkan lapan vendor yang mengusahakan nasi lemak bagi mempromosi dan meraikan makanan yang menjadi identiti serta lambang perpaduan masyarakat berbilang kaum dan bangsa di negara ini.
Katanya matlamat program antara lain untuk menjadikan makanan sebagai medium menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia, terutama pada kehangatan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut 16 Sept lepas.
"Rakyat Malaysia tak kira bangsa memang sinonim dan suka nasi lemak, jadi kita kumpulkan peniaga terkenal bertapak sekitar Lembah Klang yang menawarkan makanan sama (nasi lemak) tapi rasa berbeza dan mempunyai keunikan masing-masing," katanya yang berhasrat menganjurkan acara serupa pada skala lebih besar pada masa akan datang.
Shahful Shaffiq berkata selain masyarakat tempatan, acara itu juga diharap mampu menarik perhatian pelancong dari luar negara, untuk mencuba sendiri keunikan makanan yang menjadi kebanggaan negara itu.
Selain jualan makanan, acara juga dimeriahkan demo masakan oleh Chef Dr Ezani Farhana Md Monoto serta persembahan daripada penyanyi muda yang semakin meningkat naik Aisha Retno.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Mohd Syauqi menunjukkan hidangan sushi nasi lemak yang menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia pada Karnival Nasi Lemak Murai.my di pasar raya Mydin hari ini. - Bernama
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.