awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konsert Countdown KITA 2026 catat kehadiran 143,000 pengunjung
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah

Bernama
Bernama
16/12/2021
22:15 MYT
Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah
Lelaki yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga di sini pada Rabu, telah mengeluarkan senjata api semasa anggota polis menghampiri kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan. -Gambar fail/Astro AWANI
KUCHING: Lelaki yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga di sini pada Rabu, telah mengeluarkan senjata api semasa anggota polis menghampiri kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.
Beliau berkata ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.
"Demi mempertahankan diri, anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah pemandu berkenaan, dan pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Katanya terdahulu lima anggota polis terserempak kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Wan Alwi di sini dan suspek telah diarahkan untuk berhenti bagi pemeriksaan, namun suspek bertindak memecut kenderaannya, dan cuba melarikan diri.
BACA: Polis tembak mati lelaki dikehendaki
BACA: Tembak mati: Suspek memandu kereta secara berbahaya - Polis Sarawak
Aidi berkata kenderaan berkenaan hanya berjaya dihentikan selepas anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kereta jenis Proton Saga warna kelabu itu.
"Ketika di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga, pemandu itu melanggar lima kenderaan berhampiran menyebabkan anggota polis bertindak menembak tayar kenderaannya," katanya.
Aidi berkata pemandu berkenaan didapati mempunyai 14 rekod jenayah lampau dengan pelbagai kesalahan seperti mencuri kenderaan, penipuan serta penyalahgunaan dadah, dan polis telah merampas selaras senapang patah serta beberapa butir peluru di dalam kenderaan berkenaan.
Siasatan menyeluruh dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senapang patah
#lelaki mati ditembak
#Aidi Ismail
#rempuh polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan