awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek gangguan seksual remaja perempuan di Rawang ditahan

Bernama
Bernama
05/08/2025
16:30 MYT
Suspek gangguan seksual remaja perempuan di Rawang ditahan
Ibrahim berkata semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan negatif. - Gambar Facebook Polis Daerah Hulu Selangor
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap remaja perempuan di kawasan Bukit Sentosa, Rawang, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira 3 petang pada Ahad lepas.
"Suspek berumur 21 tahun itu berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor hasil maklumat awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ibrahim berkata semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan negatif.
Beliau berkata suspek direman selama tiga hari bermula pada hari ini hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
"Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek, kes yang berlaku di Hulu Selangor tempoh hari berjaya diselesaikan sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap polis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#rekod jenayah lampau
#warga asing
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan