Seorang lelaki yang bertindak menghempas seekor kucing ke lantai selepas haiwan berkenaan memanjat cermin depan keretanya, hadir memberi keterangan di Balai Polis Setapak di sini, pagi Selasa untuk siasatan lanjut kes itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, pada Isnin.
Beliau berkata tindakan lelaki berkenaan mengundang kecaman orang awam susulan penyebaran satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.55 saat dalam laman media sosial.
"Suspek didakwa melakukan secara sedar dan susulan tindakan tersebut boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera selain mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai," katanya kepada Bernama.
BACA: Mana belas ihsan? Video lelaki hempas kucing tular di media sosial
Menurut Rajab Ahad, suspek hadir memberi keterangan pada 11.30 pagi, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini dalam proses memberikan keterangan lanjut kepada pegawai penyiasat kes.
"Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian sementara kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 23 2020

Rajab berkata, tindakan suspek boleh menyebabkan kucing itu cedera selain mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai. - Gambar fail BERNAMA

Awang Rasau sudah tiada...
Seekor harimau Malaya yang digelar 'Awang Rasau' disahkan mati pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

Politik | PM harap gabungan parti Melayu kekal hingga PRU-15
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal sehingga Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti lain yang tidak menyertai Perikatan Nasional terutama UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama tersebut.

China Akan Tambah Ladang Berpiawaian Tinggi
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China menyasarkan untuk mewujudkan 6.7 juta hektar tanah ladang berpiawaian tinggi pada tahun ini dengan sejuta hektar akan mempunyai kemudahan pengairan cekap.

Mahkamah | Dua lelaki lari dari polis didakwa di mahkamah
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Keputusan tolak kerjasama dengan Bersatu tidak dipengaruhi mana-mana individu - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, lebih 100 bahagian menggesa supaya UMNO tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan ia bukannya keputusan perseorangan.

Kemelut UMNO-Bersatu | GPS tidak terjejas, hanya mahu kerajaan stabil
Keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan menjejaskan pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS). Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya ingin satu kerajaan pusat yang stabil untuk kebaikan semua.

Kenyataan Media | Ketua Pegawai media BN digantung tugas
Selepas kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berkenaan syor agar Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar Sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera.Satu kenyataan media daripada Barisan Nasional (BN) pula hari ini dikeluarkan Setiausaha Eksekutif, Mohamad Sahfri Ab Aziz yang menjelaskan bahawa terdapat sedikit kekeliruan berlaku ketika kenyataan Ahmad Zahid disiarkan.

Jenayah | Bunuh isteri gara-gara cemburu
Misteri kehilangan seorang wanita melayu terungkai apabila mayat mangsa ditemui didalam tong air dan ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi pada Khamis. Susulan penemuan tersebut polis menahan dua suspek lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan.

Politik | UMNO Sabah tetap jalin kerjasama dengan Bersatu
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setahun Malaysia Prihatin | KPM tekad lonjak pendidikan negara
Siapa sangka amanah yang diberikan untuk menerajui Kementerian Pendidikan setahun lalu terpaksa ditempuhi dengan seribu satu onak duri. Bagaimanapun, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin tekad memastikan kementerian yang bertanggungjawab mencorak dan merangka sistem pendidikan negara itu tidak akan terjejas demi anak bangsa.

Suspek hempas kucing ke lantai beri keterangan kepada polis
Lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, pada Isnin.

Dakwa 'diserang' di KKIA, Papagomo buat laporan polis
Muhammad Azri berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang memukulnya.

Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R.Supramaniam berkata lelaki berkenaan hadir di balai polis pada 9 malam dan telah memberi maklumat berhubung kejadian itu.