Seorang lelaki yang bertindak menghempas seekor kucing ke lantai selepas haiwan berkenaan memanjat cermin depan keretanya, hadir memberi keterangan di Balai Polis Setapak di sini, pagi Selasa untuk siasatan lanjut kes itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, pada Isnin.
Beliau berkata tindakan lelaki berkenaan mengundang kecaman orang awam susulan penyebaran satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.55 saat dalam laman media sosial.
"Suspek didakwa melakukan secara sedar dan susulan tindakan tersebut boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera selain mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai," katanya kepada Bernama.
BACA: Mana belas ihsan? Video lelaki hempas kucing tular di media sosial
Menurut Rajab Ahad, suspek hadir memberi keterangan pada 11.30 pagi, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini dalam proses memberikan keterangan lanjut kepada pegawai penyiasat kes.
"Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian sementara kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 23 2020
Rajab berkata, tindakan suspek boleh menyebabkan kucing itu cedera selain mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai. - Gambar fail BERNAMA
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
COVID-19: Balai Polis Setapak ditutup sementara
Balai Polis Setapak ditutup sementara mulai hari ini sehingga Jumaat berikutan beberapa orang pegawai di balai berkenaan dijangkiti COVID-19.
Polis siasat dakwaan wanita dihubungi anggota selepas mohon kebenaran rentas negeri
Siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu hantaran oleh wanita berusia 26 tahun itu yang tular di Twitter.
Suspek hempas kucing ke lantai beri keterangan kepada polis
Lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, pada Isnin.
Dakwa 'diserang' di KKIA, Papagomo buat laporan polis
Muhammad Azri berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang memukulnya.
Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R.Supramaniam berkata lelaki berkenaan hadir di balai polis pada 9 malam dan telah memberi maklumat berhubung kejadian itu.