Suspek kes pergaduhan hingga menyebabkan kematian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Bandar Baru Bangi pada Sabtu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Penahanan suspek berusia 40an dan isterinya 30an itu dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai dirempuh ekoran kemalangan kecil membabitkan dua kenderaan.

BACA: Maut akibat bergelut gara-gara selisih faham selepas kemalangan

Penahanan suspek berusia 40an dan isterinya 30an itu dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Penahanan suspek berusia 40an dan isterinya 30an itu dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, insiden itu tercetus daripada kemalangan kecil selepas Tol Sungai Besi arah selatan apabila mangsa yang berusia 29 tahun terlanggar kereta suspek, kira-kira jam 1.40 petang, Sabtu.


Ekoran kejadian, berlaku kejar-mengejar dan cabar-mencabar sehinggalah mereka berhenti di persimpangan Bandar Baru Bangi.

"Berlaku pergaduhan di antara suspek dan mangsa. Ketika kejadian, beberapa pemandu lain turut memberhentikan kenderaan untuk mententeramkan mereka.

"Keduanya kembali ke kenderaan masing-masing, namun mangsa yang tidak berpuas hati keluar daripada kereta dengan membawa sebatang kayu besbol dan terus memukul bahagian depan kereta suspek," kata Fadzil dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata keadaan itu telah menyebabkan suspek memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar mangsa.

"Mangsa yang tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan seterusnya dibawa ke Nilai Medical Centre namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Motif kejadian adalah kerana kemalangan jalan raya, bukannya isu perkauman seperti yang ditularkan," katanya lagi.