awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh Ketua Penguat Kuasa JAIP didakwa Isnin ini

Bernama
Bernama
13/12/2013
23:30 MYT
Suspek kes bunuh Ketua Penguat Kuasa JAIP didakwa Isnin ini
Foto fail salah seorang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya. --fotoBERNAMA
Beberapa suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran sesat 'Tuhan Harun' akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin ini, atas tuduhan membunuh Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik pada 10 Nov lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan perkara itu dan berkata mereka akan menghadapi pertuduhan membunuh Mohd Raffli, 49, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Isnin ini (dakwaan) akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan, tunggu di mahkamah, mereka akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada anggota polis yang terbabit banjir di sini Jumaat.
Dalam laporan sebelum ini, polis mengesahkan suspek yang menembak mati Ketua Penguat Kuasa JAIP itu adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata siasatan terperinci ke atas semua tahanan terbabit mendapati seorang daripada yang ditahan itu dipercayai suspek yang menembak mangsa, selain pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan.
Mohd Raffli ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu.
Topic Berkaitan
#bunuh
#JAIP
#Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang
#Mohd Raffli Ab Malik
#Tuhan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan