awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes samun ditembak mati cuba serang anggota polis

Bernama
Bernama
20/12/2015
00:13 MYT
Suspek kes samun ditembak mati cuba serang anggota polis
Polis menerima panggilan mengenai kejadian samun itu daripada seorang pekerja kedai berkenaan yang bersembunyi dalam stor. - Gambar fail
Seorang suspek kejadian samun ditembak mati selepas cuba menyerang anggota polis di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Pasir Pekan, Tumpat.
Ketua polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian 3 pagi Sabtu, suspek lelaki berusia 34 tahun itu enggan menyerah diri sejurus polis tiba di tempat berkenaan, sebaliknya bertindak menyerang mereka menggunakan pisau.
"Apabila polis sampai di tempat kejadian, suspek sedang menyamun di dalam kedai itu.
"Anggota polis peronda memberi arahan kepada suspek supaya meletakkan senjata sebaliknya suspek terus menyerang dengan senjata tajam (pisau) ke arah anggota polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Universiti Malaysia Kelantan di sini, Sabtu.
Beliau berkata anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang terkena pada bahagian kaki kiri dan dada suspek menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Mazlan berkata sebelum itu, polis menerima panggilan mengenai kejadian samun itu daripada seorang pekerja kedai berkenaan yang bersembunyi dalam stor.
Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu menunjukkan suspek memasuki kedai berkenaan untuk menyamun pada 2.45 pagi.
Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Topic Berkaitan
#Pasir Pekan
#polis
#tembak mati
#tikam
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan