awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke IPK Selangor

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/04/2024
06:21 MYT
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke IPK Selangor
Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia Malaysia pada jam 2.16 petang. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SUBANG JAYA: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 minggu lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.
Suspek Hafizul Hawari, 38, yang memakai baju lokap berwarna ungu dilihat tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM), di sini, pada jam 2.16 petang.
Dia diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lengkap berpakaian taktikal dan dibawa menaiki pesawat King Air B300 milik PDRM.
Difahamkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 1 petang itu tiba di PGU pada jam 2.03 petang.
Turut berada dalam pesawat itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bersama Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Baharudin Mat Taib.
Lelaki berusia 38 tahun itu kemudian dibawa ke IPK Selangor menaiki kenderaan Proton Persona PDRM pada jam 2.20 petang.
Pesawat King Air B300 dipercayai boleh memuatkan 10 penumpang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan suspek.
Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan stabil.
Terdahulu, suspek dilapor melarikan diri lebih 36 jam sebelum ditahan polis pada Isnin.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan membenarkan suspek ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman bermula Selasa hingga 22 April (Khamis) itu dikeluarkan Hakim Tuan Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Topic Berkaitan
#suspek tembak di KLIA
#Hafizul Hawari
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#IPK Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan