awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tipu pekerjaan di Kemboja direman empat hari

Rohana Wahed
Rohana Wahed
24/02/2019
03:15 MYT
Suspek kes tipu pekerjaan di Kemboja direman empat hari
Seorang suspek berusia 35 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini bagi mendapatkan perintah reman berhubung kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.
Majistret Dora Undau membenarkan permohonan reman tersebut setelah suspek, yang bertugas di sebuah pusat boling di sini ditahan pada jam 3 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah, suspek ditahan bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Sabtu.
Hasil temu bual itu, Mustafa mendedahkan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penipuan berkenaan.
Setakat ini, seramai 23 orang telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut.
BACA: 47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan
BACA: Tahanan Kemboja 'dipenjara' dalam banglo sebelum diberkas
BACA: 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Suspek akan direman bermula 24 hingga 28 Februari bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#47 tahanan
#jenayah
#Kemboja
#Malaysia
#polis
#rakyat Malaysia
#reman
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan