awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek khianat surau ditahan

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2019
02:58 MYT
Suspek khianat surau ditahan
Seorang gelandangan ditahan setelah dipercayai menceroboh dan melakukan khianat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields pagi semalam. -Foto PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang gelandangan yang dipercayai menceroboh dan melakukan khianat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields pagi semalam.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Roslan Bek Ahmad, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan sekitar Taman Desa pada jam 6.30 petang hari sama dan merampas tukul besi yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan khianat.
"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memecahkan beberapa peralatan dalam surau, antaranya mimbar, jam dinding dan papan tanda AJK Surau.
"Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM2,000," katanya dalam kenyataan.
Keadaan di ruang solat Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields yang dikhianat.
Keadaan di ruang solat Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields yang dikhianat.
Siasatan lanjut turut mendapati suspek didapati positif dadah serta mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan dadah dan curi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#gelandangan
#khianat
#Madrasathul Gouthiyyah
#mimbar
#Roslan Bek Ahmad
#surau
#Surau Brickfields
#Taman Desa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan