awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula

Bernama
Bernama
18/01/2025
09:46 MYT
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Hasil maklumat suspek utama, polis berjaya menahan dua lagi rakannya yang disyaki bersubahat melindungi pesalah yang melarikan diri. - Gambar hiasan
TANGKAK: Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata hasil maklumat awam, bahagian siasatan jenayah Tangkak dan dibantu polis daerah Kluang menahan lelaki terbabit pada 10.50 pagi.
"Pihak polis telah ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan dilakukan, kita mengesahkan lelaki itu adalah tahanan yang sememangnya dikehendaki selepas melarikan diri daripada kawalan polis pada 15 Jan lepas.
"Hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna biru dengan nombor pendaftaran JVJ 4375 yang dilaporkan hilang di Tangkak yang disyaki digunakan suspek untuk melarikan diri.
"Selain itu, hasil maklumat suspek utama, polis berjaya menahan dua lagi rakannya yang disyaki bersubahat melindungi pesalah yang melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata suspek dan dua rakannya kemudian dibawa ke IPD Tangkak untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
"Pada masa sama, kita mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek lari
#IPD Tangkak
#ditangkap semula
#Roslan Mohd Talib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan