awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek liwat kenalan gimnasium ditahan di Ipoh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/07/2024
12:53 MYT
Suspek liwat kenalan gimnasium ditahan di Ipoh
Shahrulnizam berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 11.45 pagi oleh pasukan IPD Petaling Jaya bersama IPK Selangor. - Gambar fail
PETALING JAYA: Seorang pemuda tempatan yang dipercayai meliwat lelaki warga Bangladesh baru dikenalinya di sebuah kondominium di sini, ditahan polis di Ipoh, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 11.45 pagi, oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
"Suspek sudah dibawa ke IPD Petaling Jaya dan permohonan reman akan dilakukan esok," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan, tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenalinya itu untuk berbual di rumah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diliwat.
Setibanya di rumah, suspek dilaporkan bertindak membuka pakaian mangsa dan mula menyentuh tubuh badan serta kemaluan mangsa.
Mangsa dikatakan dipercayai tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar mendengar atau nampak kejadian yang boleh memalukan dirinya.
Mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.
Pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur mangsa.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#gimnasium
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#warga tempatan
#kesan koyakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan