awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek sewa kereta untuk menyamun ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/06/2022
23:30 MYT
Suspek sewa kereta untuk menyamun ditahan
Mohamad Fakhrudin menunjukkan kad pengenalan serta lesen memandu palsu dipercayai dibuat sendiri oleh seorang lelaki untuk menyewa kereta sebelum melakukan samun. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang lelaki menggunakan kad pengenalan dan lesen memandu palsu yang dibuatnya sendiri ketika menyewa kenderaan untuk melakukan jenayah samun sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40an bagaimanapun berjaya diberkas di sebuah rumah di Sungai Chua, Kajang, pada 15 Jun lalu.
"Siasatan mendapati, suspek menyewa kereta menerusi aplikasi dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan dan lesen memandu yang berbeza sebelum menggunakan kenderaan itu ketika menjalankan aktiviti jenayah.
"Kereta yang disewa itu akan ditinggalkan begitu sahaja setelah suspek selesai memecah masuk kedai serbaneka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada Khamis.
Kata Mohamad Fakhrudin, dalam serbuan itu polis turut menemukan pelbagai barangan dipercayai hasil pecah masuk kedai serbaneka antaranya tiga telefon bimbit, pemutar skru, satu unit dekoder kamera litar tertutup (CCTV), 12 kotak kereta mainan dan pelbagai barangan lain.
"Suspek mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod melibatkan jenayah komersial.
"Penahanan suspek ini berjaya menyelesaikan tiga kes pecah kedai serbaneka di kawasan Petaling Jaya. Suspek direman 14 hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#kad pengenalan dan lesen memandu palsu
#sewa kereta untuk menyamun
#kes pecah kedai serbaneka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan