Kes pembunuhan pemandu Grab, Aiman Nosri pada Sabtu lepas boleh diselesai segera susulan penangkapan seorang kelindan lori malam tadi dipercayai suspek terakhir kejadian itu, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.
Beliau berkata lelaki warga asing berumur lingkungan 20-an terbabit ditahan pukul 12.15 pagi di sekitar Gombak dekat sini, menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan adalah enam suspek termasuk seorang wanita.
"Suspek direman tujuh hari hingga Khamis depan. Saya percaya tangkapan malam tadi adalah yang terakhir dan ia boleh menghala kepada penyelesaian kes pembunuhan ini.
"Kita yakin yang boleh bantu siasatan hingga selesai kes adalah dua tangkapan terakhir (termasuk semalam) namun polis sedang melengkapkan siasatan untuk mencari motif sebenar pembunuhan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli.
BACA: Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Dalam kejadian itu, Aiman, 27, ditemui mati tertungkup di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Myvi miliknya dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher, di parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, dekat sini.
Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
Dalam kejadian itu, Aiman, 27, ditemui mati tertungkup di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Myvi miliknya dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher, di parkir Taman Selayang Makmur, Selayang. - Foto Astro AWANI
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung
Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.
Dua lelaki warga asing didakwa bunuh pemandu Grab
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Sua Lay, 33, dan Gurpreet Singh, 23.
Suspek terakhir ditangkap, kes bunuh pemandu Grab boleh diselesai segera
Kes pembunuhan pemandu Grab, Aiman Nosri pada Sabtu lepas boleh diselesai segera susulan penangkapan seorang kelindan lori malam tadi dipercayai suspek terakhir kejadian itu.
Aiman tidak dilindungi Perkeso
Pemandu Grab, Aiman Nosri yang ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher, didapati tidak dilindungi dibawah Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Pemandu mati dijerut: Jangan dedah maklumat peribadi mangsa - Grab
Grab sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan melibatkan mangsa Aiman Nosri.