Suspek tetak kepala abang ipar sehingga putus enggan terima rawatan psikiatri

Adzli berkata suspek dikatakan enggan memakan ubat yang diberikan kepadanya, menyebabkan suspek mengalami halusinasi sebelum bertindak menyerang mangsa. - Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang menetak kepala abang iparnya sehingga putus di Kampung Pida 3, Jerlun Jumaat lepas, dipercayai enggan menerima rawatan psikiatri sejak lima bulan lepas.
Ringkasan AI
- S1. uspek kes bunuh di Jerlun enggan rawatan psikiatri sejak lima bulan lalu, termasuk tidak mengambil ubat, dipercayai menyebabkan halusinasi sebelum menetak abang iparnya hingga maut.
- Suspek pernah dirawat di Hospital Alor Setar akibat kemurungan sejak 2021, namun siasatan mendapati dia berhenti rawatan dan kini direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Mangsa lelaki berusia 45 tahun maut dengan kepala terputus di bahagian leher, suspek berumur 38 tahun akan didakwa selepas tamat tempoh reman jika tiada masalah.
"Suspek memang ada kad rawatan (psikiatri), tetapi dia enggan terima rawatan dalam empat, lima bulan lepas. Jadi, perkara ini mungkin menyebabkan suspek mengalami halusinasi yang dia ada berprasangka buruk terhadap mangsa sedangkan perkara itu tidak benar.
"Pihak keluarga juga ada maklumkan, suspek sebelum ini turut menerima rawatan di Hospital Alor Setar selepas mengalami kemurungan sejak 2021 semasa pandemik COVID-19," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan suspek kini dalam tahanan reman di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Selepas habis reman nanti kita akan tuduh suspek kalau tiada sebarang masalah," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun maut dipercayai ditetak oleh adik iparnya yang berumur 38 tahun sehingga menyebabkan kepalanya terpisah daripada badan akibat terputus pada bahagian leher.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


