MALAYSIA
Suspek tikam anggota polis disyaki positif dadah, miliki 14 rekod jenayah

Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut, manakala anggota polis yang cedera berada dalam keadaan stabil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suspek lelaki yang menikam anggota polis ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Pasar Pudu, Jalan Yew, di sini semalam, dipercayai berada di bawah pengaruh dadah serta mempunyai 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki yang menikam anggota polis ketika rondaan didapati positif dadah jenis heroin dan memiliki 14 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.
- Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut, manakala anggota polis yang cedera berada dalam keadaan stabil dan dipantau rapi.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan cubaan membunuh, menghalang penjawat awam dan pemilikan dadah.
Mohamed Usuf berkata lelaki terbabit yang ditahan sejurus selepas kejadian kini direman tujuh hari hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.
Semalam, media melaporkan seorang anggota polis cedera parah selepas ditikam menggunakan pisau di bahagian perut oleh seorang lelaki ketika menjalankan rondaan cegah jenayah bersama-sama empat anggota polis lain.
Mohamed Usuf berkata keadaan anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil, namun masih dalam pemantauan rapi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh menggunakan senjata dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami