awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susulan peristiwa pencerobohan di Sabah 9 Mac

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2013
14:59 MYT
Susulan peristiwa pencerobohan di Sabah 9 Mac
Krisis pencerobohan di Pantai Timur Sabah mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac , kira-kira sepuluh hari lalu. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang anda perlu memberi perhatian mengenai pelancaran serangan di Lahad Datu. • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon mengadakan pertemuan dengan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Hussein Haniff bagi membincangkan perkembangan terkini di Sabah, pada Jumaat. • Ops Daulat masuk hari ke-5. Keadaan di Felda Sahabat terkawal walaupun kedengaran beberapa bunyi siri letupan dilepaskan di 'ground zero' selepas 24 jam tiada pertempuran dilaporkan. • Ops Daulat sudah bertukar daripada ‘mopping’ kepada ‘flushing’. Dua kawasan yang dimaksudkan adalah Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo. • Sejak sekian lama, etnik Suluk yang berasal dari Selatan Filipina melintasi Laut Sulu untuk berhijrah ke Sabah bagi mencari kehidupan yang lebih. • Petugas media yang membuat liputan sepanjang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, akan dipertimbangkan untuk diberi sijil penghargaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. • Selepas meminta supaya diadakan gencatan senjata, kini Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mahu adakan ‘perbincangan’ pula dengan Malaysia untuk menyelesaikan krisis di timur Sabah. • Pasukan keselamatan negara telah berjaya menahan seramai 27 suspek berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dalam operasi hari ini. • Pasukan forensik yang berpangkalan di timur Sabah akan melakukan bedah siasat mayat-mayat di kawasan tersebut hanya selepas proses pembersihan selesai. • Malaysia menolak ‘tawaran’ oleh Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu untuk berunding dengan Malaysia bagi menyelesaikan krisis di timur Sabah. • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Ops Daulat
#ops sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan