awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUV musnah terbakar di lebuh raya PLUS

Aida Aziz
Aida Aziz
02/03/2023
10:21 MYT
SUV musnah terbakar di lebuh raya PLUS
Keadaan SUV yang musnah terbakar 85 peratus dalam kejadian di KM267 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. -JBPM Perak
IPOH: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Land Cruiser musnah dalam kejadian kebakaran di kilometer (km) 267 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, hari ini.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Rosley Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.01 petang.
Katanya, kenderaan tersebut musnah terbakar 85 peratus, bagaimanapun pemandu sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati SUV jenis Land Cruiser terbakar di lebuh raya.
"Anggota bomba kemudiannya melakukan kerja pemadaman menggunakan dua aliran hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 3.03 petang.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#PLUS
#SUV
#Land Cruiser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan