NATIONAL
SUV terbabas di kaki lima kedai ubat

Kereta SUV terbabas di kaki lima kedai ubat. - Foto PDRM
KUALA PILAH: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Santa Fe terbabas di kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah di Jalan Yam Tuan Raden, di sini selepas kemalangan dengan Toyota Vios pada Isnin.
Ringkasan AI
- Sebuah SUV Hyundai Santa Fe terbabas ke kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah, selepas bertembung dengan Toyota Vios apabila pemandu Vios tidak sempat mengelak SUV yang keluar dari simpang.
- SUV tersebut turut melanggar sebuah motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang parkir, sebelum terbabas ke kaki lima kedai, namun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Kenderaan itu kemudiannya terbabas memasuki kaki lima sebuah kedai ubat di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami