WASHINGTON: Selepas dua abad tidak bersekutu dan dua tahun berdepan diplomasi yang mencabar, Sweden akhirnya disahkan menjadi anggota ke-32 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson dalam lawatan ke Washington, di mana Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan menerima dokumen pengesahan ratifikasi secara istiadat selepas pengundian yang sengit untuk mendapatkan lampu hijau daripada semua anggota NATO.
Kristersson berkemungkinan akan menghadiri ucapan tahunan negara kesatuan oleh Presiden Joe Biden, yang telah bergelut untuk memujuk saingan Parti Republikan untuk meluluskan bantuan baharu kepada Ukraine.
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.
Sebelum ini, Rusia telah berikrar untuk 'bertindak balas' terhadap kemasukan Sweden ke dalam NATO, terutamanya jika tentera dan aset perikatan itu ditempatkan di negara tersebut.
Sweden dan Finland yang bersekutu dengan AS dan Kesatuan Eropah (EU), secara sejarahnya telah mengelak untuk menyertai NATO secara rasmi.
Tetapi kedua-dua negara itu melancarkan bidaan bersama menyertai NATO selepas Rusia menceroboh Ukraine pada tahun 2022.
Bagaimanapun, Finland berjaya diterima masuk NATO pada tahun 2033. Tetapi, percalonan Sweden terbantut akibat desakan Turkiye yang menuntut Stockholm bertindak tegas terjadap militan Kurdish yang berkempen menentang Ankara.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kemudiannya menuntut tindakan mengenai kebebasan bersuara selepas insiden mencemarkan kitab suci Al-Quran di Sweden baru-baru ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 07 2024
Kristersson (foto) dalam lawatan ke Washington di mana Blinken akan menerima dokumen pengesahan ratifikasi secara istiadat selepas pengundian sengit untuk mendapatkan lampu hijau daripada semua anggota NATO. -Gambar fail/AP
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Sweden sah diterima NATO
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.
Biden bidas kenyataan Trump, anggap ia sebagai memalukan AS
Kata Biden, kenyataan yang dibuat oleh Trump itu amat bahaya dan tidak mempamerkan imej 'warga AS' di mata NATO.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amerika akan tarik diri dari NATO jika Trump menang pilihan raya
Trump hampir-hampir menyingkirkan AS daripada NATO pada sidang kemuncak pakatan itu pada 2018 di Brussels.
[KOLUMNIS] Buku yang membenci Rusia, Israel dan mengagumi Putin, Hamas
TAHUN 2023 ditandai dan diingati dengan begitu banyak perang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.
Putin sifatkan kenyataan Rusia mungkin serang NATO sebagai "mengarut"
Presiden Vladimir Putin menyifatkan kenyataan Presiden AS Joe Biden mengenai kemungkinan Rusia akan menyerang negara anggota NATO sebagai "mengarut".
Biden merayu lepaskan bantuan ketenteraan Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden merayu kepada Republikan melepaskan bantuan ketenteraan baharu kepada Ukraine.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.