Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti mana yang disiarkan media semalam.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, 41, melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada anggota keluarga sebaik saja pulang dari Tanah Suci Makkah, semalam.
"Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini.
"Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan seorang pendakwah terkenal disiasat atas dakwaan terlibat skandal dan mengganggu isteri orang.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin dipetik sebagai berkata, siasatan itu dilakukan selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang pengadu di sebuah balai polis di Johor, baru-baru ini.
Syamsul Amri berkata beliau setakat ini belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan.
"Laporan media itu seolah-olah saya dah disoal siasat, jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? Saya kena bersihkan nama saya," katanya.
Syamsul Amri berkata pihaknya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit.
"Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya... dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul ke tak betul ke hujung pangkal.
"Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Syamsul Amri berkata beliau setakat ini belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
TikToker Ali Abulaban rasa tidak adil dipenjara seumur hidup kerana tembak isteri
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri kerana menyangka dia menjalinkan hubungan sulit.
Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.
Disyaki ada hubungan sulit punca wanita dibelasah
Disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang suspek punca seorang wanita dibelasah dalam kejadian di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah ini.
6 ditahan kes pukul lelaki ada hubungan sulit dengan isteri orang
Polis menahan enam lelaki kerana merusuh tanpa senjata dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, petang semalam.
Polis tahan lelaki tumbuk isteri, anak selepas dirakam bawa balik teman wanita
Seorang isteri cedera ditumbuk suaminya selepas cuba merakam perbuatan lelaki itu membawa masuk wanita lain ke dalam bilik tidur mereka di sebuah rumah di Taman Desa Pauh, Pauh, di Arau.
Lelaki belasah penjawat awam hingga maut direman tujuh hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Akibat cemburu, lelaki maut ditikam
Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam oleh seorang lelaki yang juga dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa.
Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit
John Tory mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.
Rahsia nikah enam wanita terbongkar
Individu yang berjaya menghidu hubungan sulit lelaki tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah abang iparnya sendiri.