BEIJING: Pembinaan landasan berkembar Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura dijangka selesai menjelang penghujung tahun 2026.
Perkhidmatan RTS sepanjang kira-kira empat kilometer itu apabila siap kelak mampu menghantar 10,000 penumpang pada setiap jam dan dijangka mendorong hubungan dan kerjasama Malaysia-Singapura dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pertukaran keanggotaan sosiobudaya.
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia sebagai pihak kontraktor menganjurkan 'bengkel mentor-mentee' untuk membantu meningkatkan kemahiran teknikal pekerja tempatan khususnya dalam bidang pembinaan jambatan.
Pegawai projek tersebut Zhao Zhifeng berkata pihaknya bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan tetapi turut komited membantu pekerja tempatan menjadi tenaga penting dalam pembinaan projek terbabit bahkan pembinaan infrastruktur negaranya sendiri melalui latihan vokasional berkenaan.
Sementara itu, pengurus pejabat projek jambatan tinggi RTS Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia, Huang Yili, berkata pihaknya bukan sahaja membawa rancangan, teknologi dan kebijaksanaan China ketika menjalankan pembinaan projek di negara asing, malah turut menerima dan membantu memupuk sebahagian pekerja tempatan yang bertanggungjawab dan berkemampuan dalam melaksanakan projek pembinaan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Pembinaan landasan berkembar Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura dijangka selesai menjelang penghujung tahun 2026. - Bernama
Kerajaan setuju LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM
Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.
10 Berita Pilihan - (02 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Syarikat China bina RTS hubungkan Malaysia-Singapura
Pembinaan landasan berkembar Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura dijangka selesai menjelang penghujung tahun 2026.