awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Malaysia, Thailand meterai MoU dalam program lanjutan hayat MIFV

Bernama
Bernama
30/08/2022
00:00 MYT
Syarikat Malaysia, Thailand meterai MoU dalam program lanjutan hayat MIFV
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) Datuk Seri Muez Abd Aziz (tiga, kiri) pada majlis menandatangani MoU. - Foto BERNAMA
BANGKOK: Pengilang kontrak dalam industri pertahanan dan komersial Malaysia MRA Global Sdn Bhd (MRA) pada Isnin memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Thai Defence Industry Co. Ltd (TDI) untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan meneroka kebolehlaksanaan kerjasama di Malaysia untuk program lanjutan hayat Kenderaan Tempur Infantri Berjentera (MIFV).
Pengarah Urusan TDI Kan Koolhiran dan pengasas MRA Badrul Hisham Ahmad Badarudin menandatangani MoU itu.
Ia terlibat dalam perniagaan membabitkan reka bentuk, pembangunan, pembuatan, naik taraf, pemodenan, pembaikan dan khidmat selepas jualan produk platform sistem darat.
Di bawah MoU itu, TDI akan menggunakan kepakarannya untuk merekabentuk teknologi terbaik yang sesuai dengan program Lanjutan Hayat MIFV Tentera Darat Malaysia daripada segi teknikal dan komersial.
Sementara itu, Badrul Hisham berkata kerjasama itu menggalakkan pemindahan teknologi serta perkongsian ilmu dan kepakaran.
"Kerajaan Malaysia dan Thailand mengalu-alukan kerjasama itu kerana ia akan mengukuhkan industri pertahanan.
"Menerusi perkongsian ini, ia akan memacu industri pertahanan Malaysia ke era baharu," katanya kepada Bernama.
Badrul Hisham juga berharap kerjasama itu akan membuka jalan untuk membantu Chaiseri menubuhkan unit pengeluarannya di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#mra
#TDI
#program lanjutan hayat MIFV
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan