awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat milikan tunggal paling tinggi elak bayar cukai di P. Pinang

Bernama
Bernama
18/09/2023
12:44 MYT
Syarikat milikan tunggal paling tinggi elak bayar cukai di P. Pinang
LHDN negeri akan mendekati kumpulan itu dengan memberi konsultasi menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang mendapati perniagaan milikan tunggal dikenal pasti sebagai kumpulan paling tinggi mengelak daripada membayar cukai di negeri itu.
Pengarahnya Norfaidah Daud berkata sehubungan itu, LHDN negeri akan mendekati kumpulan itu dengan memberi konsultasi menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0.
"Mengikut rekod LHDN Pulau Pinang, perniagaan milikan tunggal mempunyai kadar ketidakpatuhan tertinggi dan akaun mereka didapati tidak teratur berbanding perniagaan lain.
"Kita perlu memperbaiki perkara itu agar kumpulan tersebut turut membayar cukai mengikut yang ditetapkan, sebab itu juga kami turun padang menerusi PKPS 2.0 ini bagi memberi penerangan berhubung pembayaran cukai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan dan Program Lawatan Konsultasi Hasil (LKH) 2.0 dan pelepasan konvoi LKH sempena PKPS 2.0 untuk menyantuni syarikat dan individu di seluruh Pulau Pinang, di Menara Hasil Lokaliti Bukit Mertajam di sini.
Norfaidah berkata PKPS 2.0 merupakan inisiatif dibuat pihak LHDN untuk menyokong prinsip kemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia MADANI.
Katanya program yang ditawarkan memberi peluang kepada pembayar cukai baharu dan sedia ada meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berteraskan konsep AES (kesedaran, pendidikan, perkhidmatan) yang diamalkan di LHDN.
"PKPS 2.0 juga memberi peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat serta teratur," katanya.
Menurutnya LKH 2.0 yang dijalankan bermula hari ini hingga Khamis akan melibatkan 215 premis di seluruh negeri ini dengan objektif mewujudkan rasa keberadaan pasukan LHDN dalam kalangan pemain industri, memahami aktiviti perniagaan yang dijalankan dan cabaran yang dihadapi.
"Selain itu, ia bertujuan memberi khidmat nasihat percukaian yang relevan kepada pembayar cukai, melengkapkan proses tindakan undang-undang serta mempromosikan program LKH 2.0," katanya.
Sementara itu, Norfaidah berkata sebanyak 958,743 pembayar cukai di Pulau Pinang direkodkan pada tahun lepas dengan hasil kutipan cukai RM6.8 bilion iaitu negeri kedua kutipan cukai tertinggi di negara ini selepas Sarawak.
"Kami menyasarkan kutipan cukai lebih RM7 bilion tahun ini dan bulan lepas kami menyumbang 4.78 peratus daripada jumlah kutipan negara, manakala pada tahun lepas kami menyumbang 3.87 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN Pulau Pinang
#perniagaan milikan tunggal
#elak bayar cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan