PUTRAJAYA: Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan, lebih tinggi daripada RM28.1 bilion pada 2021, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata prestasi peningkatan sumbangan dividen itu perlu terus dipertingkatkan, bagi membolehkan ia dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan bantuan kewangan.
"(Ia boleh ditingkatkan) melalui usaha tadbir urus dan kaedah pengurusan syarikat yang baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kepimpinan dan Tadbir Urus Baik Lembaga Pengarah MKD dan Badan Berkanun Persekutuan (BBP), di sini hari ini.
Katanya sumbangan dividen tersebut, akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan pembangunan dan bantuan kewangan, untuk dinikmati segenap lapisan rakyat.
Syarikat MKD ialah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957, yang memberi kuasa kepada MKD untuk menyertai kontrak, mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih serta harta tidak alih.
Antara syarikat MKD ialah Petronas, Amanah Raya Berhad, Cyberview Sdn Bhd, Felcra Bhd dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Ahmad berkata syarikat yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur dan utiliti, merupakan antara syarikat MKD yang menyumbang peratusan dividen rendah kepada kerajaan.
"Syarikat berkenaan menghadapi masalah tertentu dan tidak boleh menaikkan harga perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat, dengan sewenang-wenangnya," katanya dengan memberikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai contoh yang terlibat dengan pengangkutan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Ahmad Maslan menyampaikan ucapan pada Program Kepimpinan dan Tadbir Urus Baik Lembaga Pengarah Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) dan Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.