awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan digesa buka laluan baharu antara Sarawak dan Nusantara

Bernama
Bernama
27/07/2024
06:45 MYT
Syarikat penerbangan digesa buka laluan baharu antara Sarawak dan Nusantara
Raden Sigit Witjaksono berkata laluan penerbangan baharu dilihat mampu membuka peluang besar dari segi ekonomi antara Sarawak dan Indonesia. - Foto Bernama
KUCHING: Syarikat penerbangan digesa membuka laluan penerbangan baharu antara bandar-bandar utama di Sarawak dengan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur.
Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Raden Sigit Witjaksono berkata laluan penerbangan baharu itu dilihat mampu membuka peluang besar dari segi ekonomi antara Sarawak dan Indonesia.
Beliau berkata pada masa ini, laluan dari Sarawak ke Nusantara hanya menerusi jalan darat yang mengambil masa agak lama.
"Sebelum ini, ada penerbangan terus Kuching-Pontianak tetapi sekarang dihentikan sementara, kita harapkan boleh ada penerbangan terus Kuching ke Balikpapan (lapangan terbang terdekat dengan Nusantara).
"Kita terima banyak permintaan malah ada yang dari bandar Miri meminta penerbangan ke Balikpapan. Ini mampu meningkatkan akses dan kesalinghubungan antara Sarawak dan Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Kemerdekaan Indonesia di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat penerbangan
#bandar utama Sarawak
#nusantara
#Raden Sigit Witjaksono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan