awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan perlu bayar balik pengguna terjejas - MAVCOM

Bernama
Bernama
22/02/2021
12:05 MYT
Syarikat penerbangan perlu bayar balik pengguna terjejas - MAVCOM
Syarikat penerbangan perlu membayar balik jumlah bersamaan dengan kos tiket pada masa pembelian termasuklah cukai, fi dan caj yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang tertulis. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berpendirian bahawa syarikat penerbangan perlu terus berusaha memenuhi keperluan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas akibat pembatalan penerbangan susulan sekatan perjalanan tempatan dan antarabangsa membabitkan pandemik COVID-19.
Berikutan itu, MAVCOM menegaskan bahawa ia akan terus melaksanakan tugas di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) dan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016.
Dalam kenyataan pada Isnin, MAVCOM berkata secara prinsipnya, syarikat penerbangan perlu membayar balik jumlah bersamaan dengan kos tiket pada masa pembelian termasuklah cukai, fi dan caj yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang tertulis serta caj perkhidmatan pilihan yang telah dibeli oleh pengguna terbabit.
"Syarikat penerbangan mestilah melaksanakan prinsip wajar dan adil dalam penentuan kaedah pembayaran balik kepada pengguna yang terjejas.
"Kaedah pembayaran balik mesti meletakkan pengguna terjejas dalam keadaan sama pada waktu pembelian tiket untuk kepentingan terbaik syarikat penerbangan dan juga pengguna terbabit," katanya.
Menurut MAVCOM, pada masa sama ia turut mengambil maklum bahawa kebanyakan syarikat penerbangan telah memenuhi permintaan bayaran balik tersebut.
"MAVCOM menggalakkan semua syarikat penerbangan untuk terus berusaha bagi memenuhi keperluan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mavcom
#Bayaran Balik
#pengguna terjejas
#syarikat penerbangan
#tuntutan
#pembatalan penerbangan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan