awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke

Pia Ernadya
Pia Ernadya
14/11/2024
12:26 MYT
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Anthony menyifatkan sikap pemandu treler yang menunjuk isyarat 'peace' seolah-olah tidak sensitif dengan kejadian yang berlaku. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Syarikat pengangkutan yang mengendali treler membawa kontena sehingga menghempap beberapa kenderaan di Pulau Pinang pada Rabu bakal berdepan dengan penggantungan lesen operasi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan itu akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
"Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat audit serta merta ke atas syarikat tersebut dan seperti biasa, jika (mereka) didapati gagal mematuhi audit, mereka akan digantung.
"Yang keduanya, saya juga meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk siasat punca kemalangan,adakah ia berpunca dari segi teknikal,design atau mereka cuai dan tidak memasang kontena itu dengan selamat," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Ekonomi Maritim di Putrajaya pada Khamis.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan kejadian yang menimpa seorang wanita berusia 21 tahun maut manakala seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandu dihempap kontena yang membawa sebuah treler di Jalan Bukit Tengah di Bukit Mertajam.
Pemandu treler berkenaan ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Pada masa sama, Anthony juga menyifatkan sikap pemandu treler yang menunjuk isyarat 'peace' semasa tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini seolah-olah tidak sensitif dengan kejadian yang berlaku.
"Orang seperti ini memang dia tak menyesal dan tak ada rasa maaf kepada mangsa serta tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#APAD
#JPJ
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan