Syarikat milik usahawan kosmetik Safiey Ilias hari ini ini didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menjual dan memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap DSI Empire Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya Safiey Alias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 26, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapi.
Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama manakala RM18,000 bagi kesalahan kedua terhadap syarikat itu yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dalam kes berkenaan.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, OKS didakwa telah menjual keluaran yang bukan keluaran berdaftar iaitu “Aurora SX Premium 30 caps” sebanyak tiga kotak kepada seorang individu dan juga memiliki 112 kotak produk sama yang melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
OKS dituduh melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di premis syarikat itu di Jalan Kolam Air Panas, Desa Melawati di sini pada 11 pagi, 8 Mei 2019.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, OKS didakwa mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000.
Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000.
Terdahulu, Safiey dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan perniagaannya sudah tidak berjalan sejak setahun lalu selain turut memaklumkan mempunyai masalah kesihatan.
“Saya mohon maaf kepada mahkamah kerana tidak dapat hadir untuk sebutan kes sebelum ini, saya ada masalah kesihatan,” katanya.
Mohamad Aizat turut menasihati Safiey supaya lebih peka dengan produk kesihatan dan kosmetik yang dijual termasuk keperluan pendaftaran dengan KKM.
“Saya berharap kesalahan ini tidak berulang lagi pada masa akan datang, kamu (Safiey) usahawan kosmetik seharusnya peka terhadap segala jenis ubat-ubatan atau kosmetik yang akan diguna pakai oleh masyarakat umum.
“Tujuan pendaftaran ini (produk kesihatan) ialah untuk menjaga keselamatan pengguna, sebagai contoh kalau ada suplemen atau produk kesihatan dimakan dan memberi bahaya, kamu akan dipertanggungjawabkan,” katanya.
Pegawai Pendakwa Ahmad Zuhri Md Ali daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran memandangkan Safiey adalah usahawan kosmetik tempatan yang popular.
“Beliau harus memastikan produk kesihatan yang ingin dijual atau diguna didaftar dengan KKM supaya ia selamat digunakan oleh pengguna,” katanya.
Sebelum ini difahamkan Safiey telah dikenakan waran tangkap sebanyak dua kali iaitu pada 15 Mei dan 6 Ogos lalu selepas gagal hadir di mahkamah bagi prosiding kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
Sebelum ini difahamkan Safiey telah dikenakan waran tangkap sebanyak dua kali iaitu pada 15 Mei dan 6 Ogos lalu selepas gagal hadir di mahkamah bagi prosiding kes itu.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengurus pengawal keselamatan didenda RM3,000 halang tugas, maki polis
Dia didakwa menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun pihak polis.
Kompany digantung dua perlawanan
Kompany dikenakan penggantungan dua perlawanan dan didenda selepas melakukan protes ketika The Clarets seri 2-2 menentang Chelsea bulan lalu.
Pengurus syarikat didenda RM6,000, tidak patuh syarat LPPPQ jilidkan 2,540 al-Quran
Pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh kerana tidak mematuhi syarat lesen Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran.
Syarikat sarung tangan didenda RM20,000 sebabkan pencemaran air
Syarikat itu didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lepas.
Jurutera didenda RM1,500 halang tugas pegawai polis
Tertuduh didakwa enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi.
Tawar pelaburan tidak wujud: Lapan individu didenda
Empat lelaki dan empat wanita masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mereka mengaku bersalah menawarkan pelaburan tidak wujud, tahun lepas.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
Dua pemilik syarikat pembekalan babi didenda miliki karkas babi disembelih tanpa lesen
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Kaedah 5 (3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.
Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen
Syarikat itu didenda atas kesalahan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat tidak memiliki lesen atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan.
Peniaga serondeng Kampung Laut didenda gagal kemuka penyata SST
Seorang peniaga serondeng di Kampung Laut, Tumpat didenda RM3,900 kerana tiga kegagalan mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan.