Skip to main content

Dunia

Petani Palestin dipukul, kambing dicuri dalam serangan di Tebing Barat

Settlers attack Palestinian farmer, steal sheep in West Bank. Screenshot Video REUTERS
Rakaman video menunjukkan sekumpulan individu menuju ke kandang sebelum membawa keluar kambing-kambing tersebut. - Foto REUTERS

TEBING BARAT: Seorang penternak Palestin berusia 75 tahun mendakwa dia dipukul dan diugut bunuh oleh sekumpulan individu yang menceroboh kawasan ternakannya sebelum melarikan sekawan kambing miliknya dalam satu insiden pada Sabtu.

Mangsa, Saeed Ahmad Odeh, berkata kejadian berlaku berhampiran bandar Huwara apabila sekumpulan penyerang datang ke kandang kambingnya dan menuntut akses untuk masuk ke dalam kawasan tersebut.

Menurutnya, pertengkaran tercetus apabila beliau enggan memenuhi permintaan itu kerana ternakan berkenaan merupakan satu-satunya sumber pendapatannya.

“Salah seorang daripada mereka berkata jika saya tidak membuka kandang, mereka akan membunuh saya. Saya cuba menghalang mereka, tetapi mereka mula memukul saya,” katanya.

Rakaman video menunjukkan sekumpulan individu menuju ke kandang sebelum membawa keluar kambing-kambing tersebut.

Saeed berkata beliau cuba mengejar kumpulan berkenaan untuk mendapatkan semula ternakannya, namun terpaksa berundur selepas sekali lagi diugut bunuh oleh beberapa penyerang.

Dalam perkembangan berkaitan, rakaman berasingan turut menunjukkan kebakaran besar berlaku di kawasan ladang berhampiran, dengan penduduk tempatan dan anggota bomba dilihat berusaha memadamkan api.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai identiti penyerang atau tindakan lanjut pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
 

 

Must Watch Video

Advertisement