awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat telekomunikasi serah pelan baik pulih liputan DUN Ayer Kuning - MCMC

Amirul Aiman
Amirul Aiman
14/04/2025
02:20 MYT
Syarikat telekomunikasi serah pelan baik pulih liputan DUN Ayer Kuning - MCMC
MCMC turut akan memantau prestasi liputan internet di DUN Ayer Kuning secara harian dan menyalurkan aduan baharu terus kepada penyedia perkhidmatan untuk tindakan segera dan berkesan.
KUALA LUMPUR: Semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah menyerahkan pelan tindakan penambahbaikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kualiti liputan di kawasan DUN Ayer Kuning.
MCMC dalam kenyataan hari ini berkata setakat 6 petang semalam, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL telah mengemukakan pelan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang lebih stabil dan menyeluruh.
"Antara inisiatif penambahbaikan yang dirancang termasuk pengoptimuman stesen pemancar sedia ada; pemasangan pemancar sementara dan perkongsian infrastruktur antara penyedia perkhidmatan," katanya.
Tindakan ini diambil susulan teguran Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil terhadap liputan internet dan telekomunikasi yang lemah di 27 lokasi dalam kawasan DUN tersebut.
Fahmi memberi tempoh sehingga 5 petang pada Ahad kepada semua syarikat telekomunikasi untuk mengemukakan penyelesaian terhadap masalah capaian internet lemah di seluruh negara, atau berdepan tindakan tegas.
MCMC turut akan memantau prestasi liputan internet di DUN Ayer Kuning secara harian dan menyalurkan aduan baharu terus kepada penyedia perkhidmatan untuk tindakan segera dan berkesan.
Katanya, sebarang kelewatan atau ketidakpatuhan terhadap arahan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Topic Berkaitan
#MCMC
#DUN Ayer Kuning
#perkhidmatan telekomunikasi
#pelan tindakan penambahbaikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan