Datuk Seri Syed Ali Abbas Alhabshee meletak jawatan sebagai Pengerusi di Bright Packaging Industry Bhd.

"Peletakan jawatan beliau itu disebabkan komitmen yang banyak dan tidak dapat dielakkan," menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syed Ali, 55, dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 21 Feb, 2013 dan dilantik semula sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 11 Okt, 2013.

Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif pada 28 Feb, 2014. Kini, beliau adalah Pengarah Bebas Kanan. - BERNAMA