Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook pada Rabu.
Pendedahan tersebut menyenaraikan beberapa insiden cabul yang berlaku ke atas sesetengah pelajar di sekolah itu.
Syed Azmi mendakwa pendedahan tersebut dilakukan selepas menerima aduan dan melihat dokumen yang dihantar oleh pengadu.
Semuanya bermula apabila salah seorang pelajar berusia 9 tahun memberitahu ustaz gantian bahawa dia membenci sekolah tersebut kerana dicabul kehormatan.
“Dua minggu kemudian, tiga orang budak lari dari sekolah. Salah seorang mengadu kepada ibu bapa, ibu bapa ini memberitahu ibu bapa lain. Bermula dari sini, kisah ini terungkai,” jelas Syed Azmi dalam kirimannya.
Berikut antara insiden cabul yang didakwa berlaku:
1- Pelajar diminta mencium mulut ‘Abi’ atau guru di hadapan semua penghuni asrama, setiap malam sebelum tidur.
2- Pelajar turut diraba dan andai melawan, akan dibalas dengan sindiran seperti: "Awak disisihkan ibu bapa, sebab itulah awak dihantar ke sini. Awak ini nakal.”
3- Pelajar memberi dan menerima seks oral.
4- Pelajar diminta merahsiakan pencabulan yang berlaku.
Respon ibu bapa
Syed Azmi turut berkongsi hasil temuramahnya bersama beberapa ibu bapa murid yang terlibat dalam pencabulan seksual tersebut.
Menurutnya, bukan mudah untuk ibu bapa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekali pun anak mereka mengadu dicabul atas beberapa alasan.
Sesetengah ibu bapa memaafkan guru yang terlibat kerana individu itu berkeperibadian baik yang beragama dan hanya perlu diberi amaran sahaja.
Ada yang menyalahkan anak sendiri atau anak orang lain yang menggoda anak mereka. Ada juga ibu bapa berfikiran imej dan nama baik keluarga yang lebih penting untuk dijaga.
Nizam Bakeri
Thu Aug 25 2016
Dakwaan cabul luar tabii di Maahad Tahfiz Darul Barakah viral di Whatsapp dan media sosial - Foto fail
Kos sara hidup, harga barang tumpuan Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat.
PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
SFZ Forest City tawar kadar cukai sifar peratus untuk "family office"
Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar peratus untuk “family office” atau firma pengurusan individu kaya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pencari madu lebah parah diserang beruang
Seorang lelaki cedera parah akibat diserang beruang ketika mencari madu lebah di kawasan hutan paya Sungai Bari dekat Kampung Bukit Putera, Chalok, Terengganu petang Khamis.
Dituduh tawar khidmat pelacuran, lelaki berperwatakan wanita minta dibicarakan
Seorang lelaki yang berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di dua mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dan menyimpan gambar dan video lucah, minggu lalu.
[TERKINI] Himpunan Keadilan: Dari Reformasi ke Malaysia Madani
Ikuti kupasan lanjut serta perbincangan pasca Himpunan Keadilan bersama Dzulfitri Yusof serta Mujibu Abd Muis, Felo IPDM UUM dan DR Julfitri Johar, Felo Utama REFORM.
[TERKINI] Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat di Axiata Arena.
Tumpuan Sabtu – 21 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera
Kedua-dua pegawai, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.
Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.