awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Imran, Papagomo tak wakili Najib - Yana

Faida Rahim
Faida Rahim
30/07/2023
15:17 MYT
Syed Imran, Papagomo tak wakili Najib - Yana
Kata Nooryana, bapanya berada di penjara hampir setahun dan tidak adil untuk membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana individu menunggang atau mempergunakan nama Najib Razak.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa Najib menafikan Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dan Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai 'Papagomo' menerima arahan daripada bapanya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Nooryana yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO itu membuat penjelasan tersebut selepas menerima mesej daripada bapanya pada pagi Ahad.
“Pagi tadi Yana terima mesej daripada Daddy (Najib). DSN (Datuk Seri Najib) ingin tegaskan bahawa Syed Imran dan Papagomo tidak mewakili DSN mahupun penyokong-penyokong DSN.
“Syed Imran juga tidak diarahkan oleh DSN untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendirian DSN,” katanya dalam catatan tersebut.
BACA: PRN: Penyokong 'Bossku' sah sokong PN, hilang kepercayaan terhadap Ahmad Zahid
BACA: Didakwa tipu Agong, Zahid serah kepada polis siasat Papagomo
Jelas Nooryana, bapanya sudah berada di penjara hampir setahun dan tidak adil untuk membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana individu 'menunggang' atau mempergunakan nama Najib Razak.
“Telah banyak ujian dan cabaran yang telah DSN lalui. DSN tahu menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan,” katanya.
Ujarnya, pendirian rasmi DSN hanya sah sekiranya ianya dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik DSN melalui mesej kepada peguamnya.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#UMNO
#media sosial
#Nooryana Najwa Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan