KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan beliau untuk 'clearkan' wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana Ahli Parlimen Muar itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti itu Rafiq Hakim Razali, 32, berkata beliau menerima panggilan WhatsApp daripada Syed Saddiq sekitar Mac dan penghujung April yang mengatakan SPRM telah memeriksa dan menggeledah di kediaman ahli politik tersebut.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata Syed Saddiq juga mengarahkan beliau mengagihkan RM650,000 kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan Muhammad Daniel Kusari dan RM250,000 kepada Muhammad Naqib Ab Rahim, yang ketika itu merupakan ahli Bersatu.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Ditanya mengapa Syed Saddiq menyuruh beliau 'clearkan' wang terbabit, Rafiq Hakim menjawab "Dia takut duit itu disita."
Saksi itu juga berkata wang RM1 juta itu disimpan di dalam rumahnya sebelum diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib.
Wan Shaharuddin: Wang RM250,000 dan RM650,000 itu diserahkan di mana?
Rafiq Hakim: Di kawasan rumah saya.
Wan Shaharuddin: Wang RM250,000 dan RM650,000 itu berasal dari mana?
Rafiq Hakim: Wang itu berasal dari akaun Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia daripada pengeluaran RM1 juta.
Wan Shahruddin: Kalau ikutkan RM900,000 dan apa jadi pada RM100,000?
Rafiq Hakim: Seingat saya digunakan untuk program Armada dan ini semua arahan YB Syed Saddiq.
Kepada soalan Wan Shahruddin sama ada beliau akan mengeluarkan wang tersebut sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq, saksi itu menjawab "Tidak."
Sebelum mengeluarkan wang itu, Syed Saddiq ada bertanya baki di dalam akaun parti dan beliau memaklumkan ahli politik tersebut bahawa jumlahnya kira-kira RM1.8 juta.
Disoal Wan Shaharuddin sama ada beliau memahami apa yang dimaksudkan dengan siasatan SPRM, Rafiq Hakim menjawab "Pada waktu itu kes kehilangan RM250,000 dan SPRM datang rumah YB Syed Saddiq untuk membuat siasatan."
Rafiq Hakim berkata beliau hanya mengetahui kisah Syed Saddiq kehilangan RM250,000 dari peti besi rumahnya namun ahli politik itu tidak menyatakan bahawa wang itu milik ibu bapa atau untuk kegunaan ubah suai rumah sebaliknya hasil sumbangan politik.
Saksi itu juga berkata beliau masih berkawan dengan Syed Saddiq dan mereka pernah berjumpa pada Ramadan baru-baru ini serta berbincang mengenai projek baju Melayu di kediaman ahli politik tersebut.
Wan Shaharuddin: Ketika itu, ada tak dia beritahu tentang perintah larangan untuk bertemu saksi?
Rafiq Hakim: Tiada.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram. - Gambar fail/ Bernama

Kerjasama Strategik | LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Dan Pusaka Food Industry Sdn. Bhd. (PFI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk berasaskan tanaman itu.

Industri Pelancongan | Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Industri pelancongan Sarawak menunjukkan peningkatan 800 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini merangkumi ketibaan pelancong dan nilai resit pelancongan dalam negeri. Jumlah keseluruhan pelancong domestik dan antarabangsa turut menyumbang nilai resit pelancongan bernilai RM1.64 bilion. Perkembangan luar biasa itu disumbang daripada penganjuran berterusan acara pelancongan berskala besar di Sarawak.

'Saya sepatutnya berlakon dalam Top Gun bersama Tom Cruise' - Lewis Hamilton
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu bahawa dia sangat terdesak untuk mendapat watak dalam filem berkenaan.

UMNO cawangan Taman Kebun Teh terima sumbangan RM10,000 daripada Shahrir - Saksi
Shahrir adalah sumber utama untuk dapatkan bantuan apabila cawangan itu berdepan masalah kewangan, kata saksi.
![[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti [TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981847/thumbnails/21620390761660042476121_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti
Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis, mengulas kelulusan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga di Dewan Negara.

GEG | Agong harap RUU rokok disokong semua pihak
Usaha kerajaan untuk menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu disokong semua pihak. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, generasi muda perlu dididik dengan amalan-amalan kesihatan yang baik.

Perkeso bayar 279,111 pekerja akibat COVID-19 - Awang Hashim
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, seramai 279,111 penerima faedah Perkeso dan dibayar akibat jangkitan COVID-19 menerima faedah sehingga 16 Julai 2022.

Bilik sauna di KLCC terbakar, tiada mangsa terlibat
Kebakaran berlaku di sebuah bilik sauna berukuran 7 x 12 kaki persegi yang berada di tingkat G Menara 3 Suria KLCC.

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang siap.

Dakwaan Meta: Tubuh jawatankuasa khas siasat isu 'troll farm' libatkan PDRM - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan mengaitkan PDRM dengan 'troll farm'.

Pegawai SPRM tidak siasat sumber pendapatan Syed Saddiq sebelum menjadi menteri
Pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak menyiasat sumber pendapatan Syed Saddiq sebelum menjadi menteri.

Generasi muda dan politik
Hakikatnya Malaysia juga mempunyai pemimpin muda yang berbakat, bijak dan berkemampuan menjadi memimpin negara.

PRU15: MUDA tubuh jawatankuasa pemilihan calon
Ia bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan calon dan mengenal pasti mereka yang layak untuk diletakkan di kerusi yang bakal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

RUU Antilompat Parti: PM jangan dahulukan PRU, selamatkan 'rumah terbakar' - Syed Saddiq
RUU itu ia mampu mengekang si pencatur kuasa itu daripada terus mengkhianati mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya.

RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq, tidak digunakan untuk kempen PRU14 - Saksi
Saksi memberitahu, wang RM100,000 itu dimasukkan ke dalam akaun ASB milik Ahli Parlimen Muar itu menerusi dua transaksi pada Jun 2018.

Perbicaraan Syed Saddiq: Mahkamah arah pendakwaan serah salinan percakapan saksi utama
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.

Syed Saddiq sekali lagi mohon untuk cabar kredibiliti saksi utama
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram, sekali lagi memohon bagi mencabar kredibiliti seorang saksi utama susulan terdapat bebe

SPRM tak lengah pendakwaan terhadap Syed Saddiq - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kes Syed Saddiq: Orang awam diingatkan jangan keterlaluan buat kenyataan
Mahkamah tidak boleh halang orang awam membuat sebarang komen kerana mereka mempunyai hak bersuara yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.